Tipikal

Catatan Maya Yang Bukan Luar Biasa

2:00 AM

Bahagia disyurga

Posted by bukan penulis tegar |

Pertemuan yang paling kita impikan tak lain tak bukan adalah reunion besar- besaran di syurga yang penuh kenikmatan. Hari ni usai maghrib, membaca surat cinta surah At- Tur. Rasa nak menangis baca bila tadabbur ayat- ayatnya especially dari ayat 16- 28. Satu gambaran dan impian yang cukup besar. Berkumpul di syurga nanti bersama pasangan dan anak cucu yang bertakwa. Duduk bersama-sama saling menghadap, makan sama-sama, etc. Memang dekat dunia boleh buat macam ni, but the feeling will be totallyyyy different. Sebab akhirat tu adalah tempat tinggal kita yang abadi dan dunia ni hanya sementara je. Dan kalau kita dah masuk syurga tu, means Allah dah redha dengan kita dan keluarga kita. Itulah hadiah terbesar. Allah, Allah. Semoga aku, bakal zauj, bakal anak cucu dan seluruh ahli keluargaku tergolong dalam golongan yang telah engkau gambarkan. :')

3:13 PM

Hujan

Posted by bukan penulis tegar |

Tengah malam tadi, lepas bangun dari deep sleep, study bertemankan android apps "Live Sound". Guna background hujan, burung, dan malam. Bila namanya hujan, maka adalah guruh2 sikit. Memang dapatlah mood nak study yang kononnya tengah hujan macam dekat asrama dulu2. Sebelum subuh, tadabbur quran surah zukhruf, terhenti di ayat 11. Otak ligat membayangkan dan cuba berfikir. Allah membandingkan antara hujan yang diturunkan yang menyuburkan kembali negeri yang tandus, dengan kita yang bakal dihidupkan kembali selepas mati nanti. Sungguh, ini sangatlah mudah bagi Allah. Masa baca ayat ni, terdetik dalam hati, bestnya kalau hujan. Bila hujan, bolehlah nak fikir dan cuba fahamkan ayat ni dengan sungguh2 sambil perhatikan hujan. Alhamdulillah, mesir yang dah lama tandus, kering, bahang di siang hari dek musim panas yang sedang memunculkan diri ni, Allah sirami dengan hujan pagi ini. :) Allahu rabbi. Sungguh, Allah mendengar segala isi hati. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Pagi ni mesir kembali basah. Semoga Allah ilhamkan aku untuk lebih memahami dengan lebih dekat tentang penciptaannya. Semoga aku lebih dekat dengan al-quran. Semoga aku lebih merasai nikmatnya hidup bertuhan. Merasai limpahan rahmat dan kasih sayangnya. Semoga aku menjadi hambanya yang tahu bersyukur.

3:26 AM

LE100

Posted by bukan penulis tegar |

Balik dari makan nasi ayam di beit el-anonymous, dapat message ym dari seorang sahabat sebatch, bertanyakan kredit topup lebih. Belek-belek wallet dan cek dalam laci. Takde topup Etisalat. Teringat pula pada topup Vodafone sebanyak LE100 yang dibeli untuk nak topup ipad. Sekali lagi cek laci, cek beg. TAKDE. Ya Allah, kelmarin masa kemas meja dan laci, dah TERBUANG sim kad vodafone yang dah rosak, sekali dengan topup 100 tu dalam bekas tu. Terus pergi cek plastik sampah dan tong sampah luar rumah. Allah. Dah kosong. Pakcik zibalah dah clearkan dah sampah tu. Istighfar dalam hati.Cuba-cuba cek lagi, kot ada ke. Tetap takde. Terduduk sambil otak dan hati ligat berfikir.

Takpelah, mungkin ada hak manusia lain yang aku tak tunaikan. Ada bahagian rezeki manusia lain yang aku terlepas pandang. Maka Allah tarik LE100 tu sebagai peringatan. Duit kita, harta kita, semua akan habis, tak boleh bawa ke mati pun harta tu, melainkan kebaikan yang dah kita buat dengan harta tu. Itu yang akan sampai di sisi Allah. Biarlah LE100 hilang, sebab teguran yang Allah bagi ni jauh lebih bernilai. Mungkin juga sebagai peringatan untuk lebih berjimat. Atau untuk lebih telus. Atau. Atau. Yang pasti, ada sebablah Allah jadikan macam ni dan memang dah ditakdirkan bukan rezeki.

Teringat kak H pernah kata,
"Sesuatu yang kita miliki, belum tentu jadi rezeki kita".

5:08 AM

Penghambaan

Posted by bukan penulis tegar |

Motivasi dalaman jauhhhh lebih penting dari motivasi luaran.
Allah, merdekakan aku dari sebarang bentuk penghambaan lain selain hanya kepadaMu.

Kurniakan aku akan nikmatnya mencintaiMu.
Semoga dalam diriku, hatiku, jiwaku, engkaulah di tempat tertinggi.

Bila motivasi dalaman kita settle, insyaAllah, segalanya akan mudah,
mengejar cita-cita tak rasa lelah
susah payah kita redah.
Moga-moga motivasi kita adalah Allah yang satu :)

# Hari ni beli buku baru- Half The Sky, how to change the world!

2:41 AM

The Nurturer

Posted by bukan penulis tegar |


From HERE

You have a strong need to belong, and you very loyal.
A good listener, you excel at helping others in practical ways.
In your spare time, you enjoy engaging your senses through art, cooking, and music.
You find it easy to be devoted to one person... a partner who you do special things for.

In love, you express your emotions through actions.
Taking care of someone is how you love them. And you do it well!

At work, you do well in a structured environment. You complete tasks well and on time.
You would make a good interior designer, chef, or child psychologist.

How you see yourself: Competent, dependable, and detail oriented

When other people don't get you, they see you as: Boring, dominant, and stuck in a rut

1:14 PM

Akuarium

Posted by bukan penulis tegar |

Nak bela haiwan, tapi tak nak komitmen, atau tiada bajet? Mari melukis, pengubat stress. (stress?)


"Fresh" dari uterus ibunya, tapi delivered by CS (pembedahan). 

Bila masuk labour room je, mula lah terdengar pelbagai pitch punya jeritan. High pitch, low pitch, dengan keluh kesah ketakutan dan kesakitan dari ibu-ibu yang bakal melahirkan zuriat pemangkin ummat. Tapi aku lihat doktor dan nurse yang ramai di situ, kelihatan bersahaja. Sudah lali agaknya.

Ada ibu yang menampar-nampar pipinya sendiri. Aku tak pasti sejauh mana tamparan itu mampu menghilangkan kesakitan. Ada ibu yang berkali-kali menyebut "ya lahwiy". Aku juga tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan "ya lahwiy". Orang arab memang selalu sebut perkataan "ya lahwiy" termasuk ketika meraikan kemeriahan walimah mereka disini. Dari pemerhatian aku, memang berbeza budaya arab dan melayu. Tak kelihatan pula mana-mana bapa di sini selepas bayi selamat keluar ke dunia barunya. Tak adalah azan mahupun iqamah seperti yang selalu kita di Malaysia buat. Banyak lah lagi juga beza yang lain.

Setiap kali ada kelahiran, aku selalu risau. Hmmm. Kalau boleh, memang nak sangatlah kata-kata pertama yang didengar bayi ini adalah kalimah-kalimah yang mengagungkan tuhan. Memang bayi dilahirkan dengan penuh kesucian, kalau pun azan dan iqamah itu bukan untuk bayi itu, tapi cukup untuk kita sebagai ibu atau bapa atau sesiapa sahaja untuk kembali menyedarkan dan mengingatkan kembali tentang hakikat penciptaan manusia. Tentang fitrah manusia. Fitrah bertuhan. Tujuan kehidupan. Jadi, setiap kali ada kelahiran baru disitu, aku memanjatkan doa dalam hati agar bayi ini membesar dengan soleh dan musleh. Ameen. (sambil intai-intai kot-kot ada ayahnya muncul).

Btw haritu tak sempat nak tengok kelahiran bayi yang breech (songsang). Nak sangat tengok sebenarnya, sebab aku juga dilahirkan songsang! Orang lain keluar kepala, tapi aku degil nak keluar kaki dulu. Hehe. Moga-moga akan datang aku dapat melihat dan menonton kembali bagaimana aku dilahirkan 23 tahun dulu. Petang tu, whatsapp dengan ummi, 

"Umi, mesti sakit kan beranak dulu. Hehe. Terima kasih beranakkan. Hihi"
"Umi kena angkat kaki macam lembu nak kena lapah"
"Oo ea. Hihi"

Boleh pulak banyak kali hihi. :D






11:20 PM

Bye Surgery. Hai O&G

Posted by bukan penulis tegar |

Semalam tamat round surgery untuk tahun 5. Alhamdulillah.
Walaupun masa OSCE patient 1 dan 2 tak cooperative, tapi banyak lagi sebab lain yang patut disyukuri.
Alhamdulillah, doa dan harapan aku nak exam long case dengan Dr. Fathi dimakbulkan. Baik kan Allah? :)
Dan oral exam itu berjalan lancar dengan ilham dan bantuan dari Allah. Syukrulillah.
Tapi sebenarnya dan sesungguhnya, aku takut. Huuuu. Sebab rasa banyak dosa, tapi Allah banyak tolong.
Takut jadi istidraj. Sangat menakutkan. Semoga Allah lindungi aku dari kejahatan yang aku lakukan. Ameen.

Btw, rasa bahagia la pulak di hari akhir exam. Baru sedar yang department Dr Safwat sangat cool dan best. Dan Dr Safwat yang dulu kami takut sebab kelihatan agak "psycho", sebenarnya papa yang sangat baik. Ayah Dr Umar rupanya. Patutlah perangai macam sama :D


Dan harini, untuk hari pertama aku dalam round O&G (sakit puan). Memandangkan hari ni group kami tiada kelas klinikal, aku dan x-housemate melangkah kaki ke OT (bilik bedah). Ya, inilah kali pertama aku tengok secara life caeserian section (beranak melalui pembedahan). Perasaannya adalah, bila akhirnya baby tu berjaya ditarik keluar, terus sebak yang amat sangat. Nasib baik pakai mask, so tak nampaklah kan muka sebak nak menangis. Tsk3. Terharunyaaaa. Happy. Anugerah yang tak ternilai. Terus aku berdoa dalam hati agar Allah menjadikan anak ini syabab muslim yang soleh, yang berjuang demi agamanya.

Semoga suatu hari nanti, aku juga dikurniakan anak yang soleh solehah. Ameen.
(Rasa macam  nak jadi suri rumah la pulak. hik3)

Lepas tengok CS, tengok pula hysterectomy. Sedih jugak. Rahim dia kena buang completely.
T___T

Ok bai. Masak dinner jom, kata nak jadi suri rumah. :D

12:23 AM

Sepetang bersama Super Senior

Posted by bukan penulis tegar |

Sepetang aku dan Syila bersama 2 orang doktor yang bakal pulang berkhidmat. Kak Azah dan Kak Izzati.
Berbual-bual yang bukan kosong dengan mereka, walaupun di kedai kopi, tapi perbualan kami bukanlah sembang-sembang kedai kopi yang tipikal.

Pelbagai soalan, tips, pendapat juga nasihat yang aku dan syila utarakan. Mestilah tanya banyak, orang lebih tua, lebih banyak lagi merasa masin, manis, dan pahit kehidupan. Batch mereka adalah batch terakhir yang sedikit. Batch terakhir yang semuanya belajar dalam bahasa Arab. Kak Izzati antara senior terawal yang aku kenal. Beliau banyak menolong kami serumah ketika tahun pertama kami di sini. Sekarang, kami dah hampir 5 tahun di sini rupanya. Cuma tinggal setahun setengah berbaki. Huh. Kak Azah pula pernah jadi mentor untuk smart circle masa aku tahun 3.

Bila ditanya kepada mereka, apa yang kakak rasa menyesal tak buat sepanjang berada di Mesir.
 - Tak hal quran. Walaupun bukan hafal seluruh al-Quran, at-least kena usaha juga hafal sikit. Satu ayat sehari pun dah dikira ok. Kemudian, mesti usaha untuk mengulang. *sigh*
- Ustazah Iffat pesan pada mereka, kalau tak mampu hafal Al-Quran sekarang, kena buat target. Target by umur 40, dah hafal quran. Ustazah sendiri mula hafal quran masa beliau berumur 40 tahun. (Rindunya pada ustazah, tak pernah ziarah beliau sejak berhenti kelas masa tahun 3).
- Kuasai bahasa arab

Pesanan lain yang saya kira penting.
- By tahun 6, kena usaha dah untuk proseskan urusan rumah bertangga tu. (BM). Kalau target nak kahwin lepas habis belajar ke, lepas kerja ke, kena mula dari at least tengah tahun 6. Nanti kalau belum ada calon, agak susah di situ. Ini serius.
- Pesanan Dr. Asyraf pada mereka. Masa kita ni ada 2 keadaan, yakni masa yang mahal dan masa yang murah. Masa yang mahal tu biasanya bila dah nak dekat dengan exam, masa yang murah tu pula adalah masa lapang kitalah. Maka, kita kena beli masa murah tu banyak-banyak, jangan bila masa mahal, baru kita duk pikir nak study semua sekali. Kena gunalah masa yang murah tu baik-baik. Oh, btw bukan apply pada study sahaja, tapi pada semua benda. Banyakkan ziarah, banyakkan buat perkara bermanfaat yang lain.
- Tawakal. Bila exam, kita rasa doktor yang exam kitalah yang akan menentukan markah kita. Kita rasa markah kita bergantung pada doktor yang tanda kertas exam kita. Jadi, kita akan perform the best yang kita mampu. Hakikatnya, semuanya kena letakkan kembali pada Allah. Memang semua dah ditetapkan Allah, jadi kita kena ambil sebab. (خذ  اسباب).

Sebenarnya sangat banyaklah lagi pesanan. Tapi tak mampu nak tulis semua. Siapa nak lebih, boleh jumpa mereka atau boleh tanya kami.

Kami bincang juga situasi bidang perubatan di Malaysia, tanya pasal interview, mana nak posting, apa perancangan masa depan, apa plan nak terus kekal dengan biah solehah yang macam dekat sini, dan banyak lagi.



Jazakumullahu khairan jazak yang tak terhingga pada semua abang-abang osemm dan kakak-kakak haybat Gen5. Tanpa kalian, mesti kami semua terkontang-kanting satu ketika dulu. Tanpa kalian sebagai role model kami, mesti kami tak ada booster sangat untuk belajar bersungguh-bersungguh. Hanya Allah yang mampu berikan balasan terbaik. Kami cuma mampu doakan  untuk kalian. :)



Risau lah kalau bila jumpa orang, tak mampu berikan satu manfaat pun pada orang tu. Tak kisahlah manfaat dari segi apa pun. Tak kisahlah siapa pun orang tu. Dari orang yang hari-hari kita jumpa, baik jumpa sekali je setahun, atau sekali je seumur hidup. Allah mesti ada sebab kan kenapa dia temukan kita dengan orang atau makhluknya yang lain. Either kita yang akan berikan manfaat atau orang tu yang akan bagi manfaat pada kita. Tapi mestilah kita nak berikan manfaat pada orang lain kan?



1:32 AM

...

Posted by bukan penulis tegar |

Tahu dalam buntu
Ingin berlari, tapi umpama tidak berkaki
Keliru ke mana mahu pergi.

Rindu
Perit tapi mahu
Buat lidah jadi kelu
Jiwa tak menentu
Diri jadi batu.

Sesekali aku bercita menjadi penglipur lara
Tapi pada siapa harus aku bercerita
Akan adakah pendengar setia
Selain dari yang Esa?

Manusia
Bukannya aku tak percaya
Tapi kuasa hanya pada Dia
Jadi pada siapa harus aku meminta.

Kiranya telah tiba waktu ketikanya
Jangan kau takut untuk berusaha
Jangan terus bergelumang dalam dosa
Semoga jalan terus terbuka
Untuk kita bahagia di syurga.

**************************

"Hujan" bertemankan

1. Sendiri menyepi - Edcoustic
2. Sesungguhnya - Mawi ft Akhil Hayy
3. Penghambaanku - Star Five
4. Tuhanku - Raihan

Lepas hujan, bumi kembali segar. Semoga terus subur dengan iman. Semoga terus sabar menanti, semoga ada pelangi yang menjelma nanti, sebagai ganjaran dari Ilahi. Senyum sikit :)

Esok mock exam OSCE. Tak sungguh-sungguh pun usaha ni. Haishhh, nak kena ni.

Eh, sorry kalau ada sesiapa baca entry ini. Sesi luahan hati. ;)

5:06 AM

Malu

Posted by bukan penulis tegar |

Sepatutnya bila kuat buat kesalahan, kemaksiatan,  sebarang dosa, atau seangkatan dengannya
yang pertama patut kita rasa malu adalah malu pada Allah.
Tapi hakikatnya yang selalu terjadi adalah kita lagi malu kalau manusia yang tahu, berbanding kalau Allah tahu. (eh, mana ada kalau, sebab Allah memang tahu pun).

Kita cuba sembunyikan kemaksiatan kita dari manusia, sedangkan manusia tu pancainderanya memang terbatas.
Memang pun kita boleh sorok dari manusia. Sebab manusia adalah manusia. Tapi Allah?
Kenapa kita nak sorok dari manusia? Mungkin sebab nanti darjat atau taraf kita jatuh di mata mereka?
Eh, tapi dengan siapa sebenarnya kita beriman ni?

Allah, jangan sampai kau tarik rasa malu bermaksiat kepadamu dari aku dan mereka semua.

6:19 AM

CJ

Posted by bukan penulis tegar |

29 Feb 2012
11.53 pm


Khatam "Contengan Jalanan"
Hlovate

Eh, kalau boleh khatam dalam masa 2 minggu pun dah kira terbaik. Tak sampai seminggu, not bad la.
Biasanya 3 bulan, 5 bulan, setahun pun belum tentu habis. Haha :)

Semoga Allah ketemukan juga apa yang aku cari. OR apa yang aku hilang, mungkin?

Life is full of answers waitng to be discovered. - part 2

7:22 PM

Kesibukan Dunia Sebagai Cerminan Akhirat

Posted by bukan penulis tegar |

Semalam, aku diingatkan tentang tafakkur dalam sesi duduk bertemu lutut mingguanku. Duduk bertemu lutut yang menemukan hati-hati yang mempunyai harapan yang sama, cita-cita yang sama, dan matlamat akhir yang sama.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” (Riwayat ad-Dailani) 

Usai usrah, aku meletakkan tekad dalam diri, mahu menjadi insan yang selalu bertafakur. Bertafakurlah, terlalu banyak perkara yang boleh ditelaah. Fikirkan kejadian alam semesta, fikirkan tentang keaiban diri kita agar kita malu dan berusaha mengubahnya, fikirkan tentang syuga neraka, atau fikirkan tentang apa sahaja yang berlaku disekelilingmu. Ibadah hati itu lebih baik dari ibadah anggota. Maka, laksanakanlah. Hadirkan hatimu disetiap waktu dalam setiap amalmu.


28 Feb 2012
Hari ini , aku pulang dari sekolah perubatan itu seorang diri. Sesak. Ibu kota ardhul kinanah ini padat dengan manusia. Kereta seakan-akan bergerak lebih perlahan berbanding si pejalan kaki. Hon kereta bingit, ditekan bertubi-tubi. Entah, mana pergi fasabrun jamil”? Aku jalan bersahaja . Tak ada apa yang perlu aku kejarkan. Kerap juga langkah  terhenti. Terpaksa mematikan langkah dan mencari arah lain yang boleh aku lalui, mengelak dari kesesakan manusia di situ.

“Sebaiknya manusia kau ciptakan, hinanya angkara diri sendiri, sedegup jantung terleka, dibuai  arus dunia, selangkah kau menghampiri kehancuran….”  lagu “Setelah Aku Dipaling” dendangan Rast kedengaran dalam riuk pikuk manusia dari mp3 sony hitamku. Lagu ini memberikan mood yang cukup baik untuk aku refleksi diri ketika ini.

Di tepi jambatan yang dibawahnya mengalir sungai Nil yang taat, kelihatan sekumpulan manusia seperti berkumpul memerhatikan sesuatu . Beberapa langkah  dari situ,  aku dengar suara lantang seorang wanita separuh abad, disahut dan dibalas bertubi-tubi pula oleh lelaki yang kelihatan agak sebaya dengannya. Juga beberapa orang lain disekeliling turut serta “memeriahkan” suasana mungkin. Tegang. Masing-masing bermuka masam dan muram. Saling menyalahkan. Entah, aku tidak cuba memahamkan apa yang mereka tuturkan. Yang pasti, orang arab kalau dah bergaduh, memang bergaduh sungguh-sungguh, memaki hamun, keluarlah istilah-istilah anak himar, anak anjing, rumah terbakar, dan sebagainya. Tapi masyarakat arab bila bergaduh, pertelingkahan akan tamat di situ. Bila tamat, maka ertinya tamat.  Tak berdendam sampai tujuh keturunan.

Agaknya dekat akhirat nanti, macam ni lah kita sesama manusia akan bergaduh. 
Suara lantang yang penuh amarah, penuh kekesalan. Masing-masing menuntut hak. Masing-masing cuba menuding kesalahan kepada yang lain. Masing-masing cuba membuktikan yang diri mereka tidak bersalah. .

“Kau dulu kat dunia, kenapa tak pernah nak menegur aku? Kenapa kau tak ajak aku tinggalkan kejahatan, tinggalkan jahiliyah? Sebab kau tak beritahu aku tentang kebenaran, kau tak boleh masuk syurga dengan senang lenang"

Aku cuba membayangkan suasana akhirat. Hanya itu dialog yang bermain dikepalaku ketika melihat suasana di situ. Maka, jawablah dengan tuhan, di mana penyaksianmu terhadap kebenaran? Sahabat baik akan bergaduh di akhirat, anak dan ibu saling bertengkaran, suami dan isteri saling menyalahkan. (sigh)

Pakcik peniaga ubi kayu bakar tekun membakar ubinya. Beberapa langkah dihadapan, pakcik peniaga barang serbaneka masih sibuk dengan jualannya. Para pembeli sedang bermain “tarik-tali” dengan penjual. Siapa tak nak harga murah! Di sini, skill berunding harga dengan penjual perlu dipraktiskan sebaik mungkin demi keuntungan kita sebagai pembeli. Siapa pandai nego, dia untung! Terlintas ketika itu , di dunia ni, kita masih mampu berunding, main “tarik tali” dengan penjual, tapi dihari amal kita dihisab, segala pujuk rayu kita, skill sehebat mana pun, tidak akan mampu mengurangkan atau melebihkan nilai dosa dan pahala kita. Pengecualian hanya dengan rahmat Allah yang pemurah, lagi maha penyayang. Pilihlah, nak untung di dunia atau pun diakhirat. Pilihlah jual beli yang Allah dah sarankan dalam Al-Quran demi menjamin kebahagiaan kehidupan yang abadi nanti.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? 

Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (As-Saff : 10-11)

****************************************************************


Petang itu, ada destinasi yang perlu aku tuju. Bersiap-siap dengan apa yang patut, usai semuanya, aku turun dari rumahku di tingkat 5. “Alamak, dompet tertinggal kat atas lah”, keluh aku pada mereka. Aku buat keputusan untuk tidak naik ke atas, penat kot  nak kena naik tingkat 5 yang tidak berlif. Mujur ada masukkan beberapa keeping syiling dan sekeping LE20 dalam beg tadi. Cukup untuk tambang perjalanan pergi balik. Itu pilihan aku. Aku memilih untuk tidak naik semula ke atas, sedangkan aku  boleh membuat pilihan untuk naik balik ke atas dan membawa bekal duit yang lebih dari ini.Cuma perlukan usaha dan korbankan sedikit tenaga. Aku membayangkan hari hisab. Bezanya dunia dan akhirat, di sana aku tiada lagi pilihan. Yang ada hanya ketetepan dan keputusan tuhan. Tiada pilihan untuk berpatah balik, tiada alasan untuk menangguhkan perjalanan. Pergilah berjumpa tuhan dengan sekadar apa yang ada ditangan. Hanya itulah bekalan. No return, No U turn.

**************************************************************************

Metro sesak luar biasa hari ini. Ribuan manusia agaknya yang menggunakan perkhidmatan kereta api laju itu dalam satu masa. Segenih ke mana-mana stesen  mungkin menjadi faktor yang menyebabkannya menjadi pilihan utama. Entah ada apa hari ini, melimpah-limpah manusia. Kami gagahkan diri, dengan kudrat yang tak seberapa, "merempuh" masuk ke dalam perut metro. Padat. Sangat. Padat sangat, ok! Bukan sesak yang macam biasa-biasa tu. Metro bergerak ke stesen Saad Zaghloul. Tak pernah seumur hidup naik metro di Mesir ni, pengguna metro yang menunggu di stesen Saad seramai ini. Bila pintu metro dibuka je, Ya Allah, menderu laju macam empangan pecah  orang yang nak meluru masuk. Ada yang dah menjerit-jerit di pintu metro, memaksa penumpang lain memberi ruang kepada meraka. Aku toleh kiri dan kanan.Ke depan dan belakang. Mustahil! Memang dah tak ada ruang. Ruang yang ada cuma atas kepala. Perlu ke aku panjat?

Metro bergerak ke stesen seterusnya. Stesen Sadat. Oh tidak, lautan manusia lagi. Ada yang mahu keluar dari gerabak ini, tapi gerombolan yang hendak masuk lebih ramai lagi. Nak keluar pun takut-takut, entah ada laluan entah tidak. Tiba di Sadat, penumpang yang nak turun, bertolakan di pintu tengah. Risau, bimbang jika tidak sempat turun. Takdir Allah nak menguji kesabaran makhluknya, salah satu pintu tengah metro tak terbuka. Menjerit-jeritlah penumpang yang nak turun. Huh. Aku yang ditengah-tengah lautan manusia ini, tiba-tiba bagaikan dipukul gelombang ombak besar. Bagai terumbang-ambing di lautan, kelemasan. Ya, badan melayu ni apalah nak dibandingkan dengan wanita mesir yang gagah sebab makan fuul dan to’miyyah setiap hari. Ada kemungkinan je ada orang boleh pengsan, atau mati juga mungkin dek kelemasan atau terpijak, macam yang berlaku dalam football match beberapa minggu yang lepas. Penumpang dari pintu yang tidak terbuka tu, bergegas menuju ke pintu hujung untuk turun. Terlambat. Pintu tertutup. Gegak-gempitalah suasana ketika itu. Keluhan kecewa dari mereka. Namun ada juga yang bergelak ketawa, lucu bercampur duka agaknya.

Semua penumpang yang mahu turun tadi, masih bertolakan, masing-masing  mahu bersedia di hadapan pintu untuk keluar. Aku dicelah-celah mereka umpama…..tak pasti nak describe apa. Yang kanan menolak ke kiri, yang belakang menolak ke depan, yang kiri juga tak kurang hebatnya. Dari pemerhatianku ketika itu, semua penumpang mahu diri mereka menjadi yang terawal keluar, mahu cepat-cepat, tak sabar untuk berlama-lama dalam metro yang kalah sardin dalam tin. Macam mana pula akhirat nanti. Dengan manusia yang terlalu amat sangat ramai. Bayangkan, kalau rakyat Kaherah sahaja sudah puluhan juta untuk jangka satu zaman. Tambahkan generasi manusia yang pernah bernyawa di bumi Kaherah sejak zaman dulu kala. Ditambah pula dengan rakyat Amerika, Malaysia, Indonesia, atau di mana sahaja tempat yang ada makhluk bernama manusia. Phewww, ramai tak terkata. Dari umat keturunan Nabi Adam, sehinggalah sekarang. Can you imagine? Huh. Bayangkan kita semua dikumpulkan di mahsyar nanti, dan kita semua tak sabar menanti diri kita dihisab. Tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu lagi. Entah bila kita akan dipanggil. Entah bila kita akan bebas dari zon menunggu di mahsyar nanti. Menunggu dalam metro, masih berkipas. Masih ada ruang untuk bernafas walaupun terpaksa berkongsi oksigen, dan segala macam mikroorganisma dan bau-bauan dengan berbagai jenis manusia. Tapi bagaimana di mahsyar nanti, jarak matahari dengan kita sejengkal? (Ke ada payung emas? hehe).

Dalam metro yang penuh sesak itu, aku lihat seorang ibu mendukung anaknya. Dalam kesesakan itu, akhirnya anak itu tertidur dalam dakapan ibunya. Akhirat nanti? Ibu tidak mengenal anak, suami tidak mengenal isteri, masing-masing akan sibuk memikirkan hisab dirinya sendiri. Bahkan satu keluarga yang kelihatan bahagia di dunia, mungkin sahaja bercakaran di akhirat. Sahabat yang dahulunya berjanji sehidup semati, saling menyalahkan sesama sendiri. Semua akan cuba menebus apa sahaja harta yang dimilikinya, dan sesiapa sahaja untuk menyelamatkan dirinya. Namun, segala tebusan itu memang tidak akan ada harga. Tiada keuntungan di sana. Eh, hakikatnya, mana ada apa-apa dalam dunia ini yang yang milik mutlak kita. Semuanya pun hanya pinjaman Tuhan. Ya, Allah yang Maha Pemurah itulah yang meminjamkan segala-galanya buat kita. Dan Allah berhak mengambil dan menuntut kembali apa yang dipinjamkan kepada kita bila-bila masa sahaja mengikut kehendaknya. Kalau peminjam tu banyak buat hal, banyak buat perangai, sangatlah boleh Allah nak tarik balik segala nikmat pinjaman itu. Sekelip mata sahaja. Tapi ada satu lagi hakikat yang kita kena sedar.

“Seandainya dunia ini di sisi Allah senilai harganya dengan sayap nyamuk niscaya Allah tidak akan memberi minum barang seteguk sekalipun kepada orang kafir” (HR. Tirmidzi, dan dia berkata: ‘hadits hasan sahih’)

Dalam pada itu, aku bersyukur atas satu nikmat besar di sini, gerabak ini gerabak wanita sahaja. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. At least, cuma kena risau dengan pick pocket je.
Tapi dekat Malaysia pun sekarang kira oklah, dah ada sistem yang sama kan untuk train?

Akhir kalam dari aku. Bertafakurlah. InsyaAllah, kita tidak akan rugi. Wallahualam.


NOTA KAKI
fasabrun jamilفَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku), dan hanya kepada Allah sahaja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan. (Yusuf : 18)




7:13 PM

Ikhlas

Posted by bukan penulis tegar |

“Manusia yang beramal itu kebanyakannye tertipu, melainkan mereka yang ikhlas”.

Allah,
Kurniakan rasa keikhlasan dalam setiap amalku.

2:34 AM

Moment penting di France dan Madrid

Posted by bukan penulis tegar |

Moment penting di France dan Madrid :
(selain yang paling penting)

- Nyaris kena tinggal train. Train di sana sangatttt sharp, kalau dekat tiket tulis 10.27 a.m , maka train tu memang akan BERGERAK pada 10.27a.m. Alhamdulillah, Allah sampaikan pertolongan. Sampai dalam train rasa macam nak terpengsan sebab penat berlari. haha
- Kecuakan semasa menunggu train di malam hari di Paris dek pemabuk yang ramai
- Non muslim berbangsa kulit hitam ber"dakwah" ala-ala malcom X di train station (metro) , mungkin khususnya kepada kami, isu islam, isu kawin 4.
- Dekat madrid, beg saya dan aimi dibuka/ terbuka. zip utama dibukak habis, pencuri gagal jumpa barang harga. Alhamdulillah, camera dlsr Nunu bergantung di leher, wallet entah macam mana haritu boleh terletak dalam poket depan, sedangkan poket depan tu jauh lebih berisiko dan mudah dibuka
- Rasanya dalam metro dekat Paris pun, poket jacket saya diseluk. Sebab ada satu barang hilang dari poket tu, walaupun takdelah mahal sangat, tapi barang tu bukan hak milik saya. huhu. ni tak bagitau tuan badan lagi ni, nak pi cari ganti dulu.

ps : Kalau rajin, nanti update balik. Kena tengok dulu kot-kot ada gambar yang sesuai dan best untuk dipost.

Memang catatan peribadi kan, nak tulis apa yang rasa nak tulis je, untuk simpanan masa depan. Kalau tak catat, nanti memory loss pulak.

4:54 PM

#2 Jejak jasad dan jiwa di Tanah Bangsa Frank

Posted by bukan penulis tegar |

4 Feb 2012
10.40a.m
Transit di Queen Alia International Airport, Amman Jordan.
Sampai je airport, kami berwudhuk, prepare untuk solat zohor dalam flight nanti.
Nunu tengah bagi taklimat. (Boleh la pulak pergi update blog. Hehe)
Sangattt mengantuk, sebab malam tadi tidur setengah jam sahaja. Siapa suruh packing last minit.
InsyaAllah kami akan berlepas ke Airport Charles De Gaulle pada jam 11.45a.m.
Sempat kot nak lelap sekejap. :)

10:30 AM

#1 "Jejak jasad dan jiwa di tanah bangsa Frank"

Posted by bukan penulis tegar |

2008 : Sinai
2009 : Ireland
2010 : Bahriyya
2011 : Jeddah? (thaurah)
2012 : F*anc_


4hb Feb 2012 
1.35 pagi.
Sedang mengemas barang, 4 pagi akan bertolak ke airport.
Mengemas barang juga JIWA dan HATI. Bukan jalan suka-suka, tapi mencari sesuatu yang penuh makna.
Btw, kaki terhencut-hencut penangan explorace 5 jam winter gathering di bandar Kepala Darat tempoh hari. Doakan mampu berjalan dengan baik, dan tidak menyusahkan orang lain. Jangan semangat juga tempang sudahlah.

2.30 pagi
Sempat pula mengkhatamkan filem "Hafalan Shalat Delisa" yang berbaki tak lebih 10 minit yang belum habis ditonton. Stress mengemaskah. Haha.

7:31 AM

Catatan "Darurat Yang Meng-erat"

Posted by bukan penulis tegar |

Malam ni genap setahun peristiwa internet dan perhubungan kami diputuskan gara-gara darurat 2011 rakyat Mesir bangkit menentang Husni Mubarak. Terbangun tengah malam sebab dapat panggilan telefon, dan terus teringat note pad yang tak tershare dengan sesiapa lagi walaupun dah lama berniat. Catatan ni dibuat setiap hari sepanjang darurat sehingga sebelum dipindahkan ke Jeddah.

Tak di edit pun ni. Mentah. Copy paste.

Darurat Yang Meng-erat sebab peristiwa darurat ini mengeratkan lagi ukhwwah kami. :)


28 jan 2011 - 12.20 am
Internet dipotong. Sebelum internet di cut, FB dan TWITTER telah diblock lebih awal. SMS juga telah diblock.
Hari ini perintah berkurung bermula dari 6petang ke 7pagi.



29 jan 2011 - 10.20 am
Talian telefon semuanya dipotong kecuali talian landline.
Selepas zohor,  5 orang budak separa berani pergi merayau-rayau di syari3 kasr el-ainy. Sengaja buat muka blur, pergi tanya pakcik kedai sobah kenapa jalan raya lengang. Takde niat nak ke sobah untuk beli makanan pun, tapi pura-pura belilah juga makanan kat situ. Ye lah, ada pakcik bertugas sekeliling tu jaga jalan, jaga keamanan.

After makan, try cari rumah akhawat depan syari3 tu. Tapi konfem kami salah imarah. Dengan kecewanya, pergi gerak ke rumah Umai, lepak makan situ. Habis makan, nak gerak balik rumah, kena sound dengan tuan rumah diorang, suruh duduk rumah diam-diam. Tapi budak-budak separa nakal ni, keluar jugak. Dah keluar rumah, kene jerit pula dek makcik pakcik sekeliling. Apa lagi, lari....!!

Kami lari-lari anak, tapi tak terus lari balik rumah. Sesekali dua berhenti dan mengintai-intai keadaan yang dah mula riuh di syari3 kasr el-ainy dari jarah lebih kurang 300 meter. Bila dah nak sampai rumah, kami bergerak ke kedai kopi. Pakcik kedai kopi melambai-lambai ajak kami join sekali tengok TV skrin bola diorang. Siap explain bagai-bagai apa yang tengah TV tu tunjuk.

Makcik atas rumah badar tiba-tiba muncul. Dipelawanya kami menonton Al- Jazeera di rumahnya dengan dihidangkan Syai. Dengan gurauan sila bayar LE10. Hehe. Last-last, air lemon yang kami dapat, dan konfem free. Dengan liputan dari TV plus liputan langsung dari sutuh (bumbung) rumah makcik. Setiap 5 minit, anak kecil makcik akan update kepada kami tentang apa yang berlaku live di syari3 kasr el-ainy. Huh, asap berkepul-kepul. Air punya tinggi kalah bangunan. Api dibaling-baling ke udara. Budak-budak arab kutip botol, letak minyak tanah. Masyarakat arab majoritinya bertopeng untuk mengelakkan gas pemedih mata.

Mula dari tarikh ni, perintah berkurung berkuatkuasa dari jam 4petang ke 8pagi.



30 jan 2011
Jet pejuang berlegar-legar di ruang udara. Masyarakat arab menjenguk-jenguk dari daratan dan dari balkoni-balkoni rumah.

Pelajar yang menetap di sekitar Saad Zaghloul dan kawasan yang hampir dengan tahrir dipindahkan ke Mounira.

"Meeting" rj. Ini soal makanan! Darurat. Quota ditetapkan. Comel sungguh! =). Rj nak sangat berkumpul duduk sama-sama. Nah, duduk lah berkampung ramai-ramai dengan "bahagianya".
Boleh pulak ramai-ramai menonton filem mengambil ibrah.

Mendapat berita kini kita berada di zon oren : kuning ke merah. Berkemungkinan besar akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.


31 jan 2011
Pagi-pagi dah terbangun. Pukul 4-5 pagi, mereka dah bising-bising berkongsi berita dari malaysia. Keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan semuanya melaporkan pelbagai khabar-khabar yang kesahihannya kesemuanya tak dapat kami pastikan.
Banyak panggilan telefon yang diterima, mengarahkan kami untuk mempersiapkan beg, maksimum 10kg. Berkemungkinan dipindahkan ke suatu kawasan yang tiada kepastian.

Jam 9pagi, penghuni beit kauthar semuanya bertebaran ke rumah masing-masing. Mengemas apa yang patut, seolah-olah akan keluar lama dari mesir atau akan pulang ke malaysia, dengan erti kata lain, seolah-olah tak akan balik ke mesir buat masa terdekat. Dalam jam 10.30, terima lagi panggilan yang meng sahkan perpindahan kami ke ARMA.

Pesanan mak aimi, untuk kami menggorengkan ayam-ayam dan merebus telur yang ada sebagai bekalan makanan. Maka, operasi masak memasak bermula. Huru-hara dapur kauthar, badar dan anfaal. Ketung ketang sana sini. Kesuntukan masa. Bergotong-royong semuanya. Jangan nak curi tulang. Malu sendiri je nanti. Ukhwah terasa semakin erat. Semua bekerja keras menyediakan kelengkapan kehidupan yang bakal kami hadapi nanti.

Jam 1.15, kami ahli kauthar dan LS bergerak ke ARMA bersama musyrif bertugas. Berkumpul di dewan untuk taklimat pekeliling arma dan pembahagian bilik. Tarbiyah BESAR hari ni, Allah nak kata, kalau nak ithar, ithar sampai HABIS. Biar ithar yang betul-betul. Kemanisannya akan ada, insyaAllah. =)

Makan malam dengan bekalan kami. Ditambah nasi goreng cina sebab ketidakcukupan nasi putih yang dibawa beit anfaal. ARMA juga tiada menyediakan nasi putih untuk dibeli. Pelik betul. Ok takpe, darurat kan. Nasi goreng cina je yang wujud. Kih3.

Budak-budak ni, bilik dapat. Tapi ramai yang tidur di pantry. Subhanallah, tak bertilam, tak berbantal, kesejukan yang amat. Tidur la rapat-rapat, mari kita mengerat. Share apa yang ada. Kita belum cukup diuji lagi ni kawan-kawan! Entah baru berapa peratus, sepuluh pun tak sampai, kan?


1 feb 2011

3.30 pagi mendapat panggilan telefon lagi dari malaysia. Nasib cuma tidur-tidur ayam gara-gara kesejukan melampau. Kesempitan ruang. Huh, tak payah nak selesa sangat. Dunia je ni. Darurat kot. Ithar jangan lupa. =)

10.30 pagi- perjumpaan dengan encik Azam, selaku wakil JPA dan embassy. Beliau menerangkan serba sedikit hal2 berkaitan. Zon-zon yang kami hadapi, dan kemungkinan yang ada. Suasana agak tegang bila mana pria gen 7 bangun mempersoalkan beberapa isu dan menyatakan cadangan. Tegang seketika. Tapi kembali redha.

2.22 petang- Abang adzhar telefon ketika sedang membeli stok bekalan keperluan di koperasi. Menyatakan yang PM dah umumkan yang kapal bakal dihantar untuk mengevakuasi kami dari mesir ke Jeddah. Balik bilik pantry ni, orang lain juga turut mengesahkan maklumat yang sama dari ahli keluarga dan sahabat di malaysia.

Malam, taklimat dari warden ARMA dan Husaini mr president PERUBATAN, mengesahkan proses evakuasi. Namun pendetailan akan ditentukan esok pagi, wallhualam.

Kami telah bersepakat untuk memilih pulang ke malaysia dari Jeddah. Allah yusahhil.


2 feb 2011

Sepatutnya group pertama sudah mula bertolak. Dah siap dah mereka turun angkut beg semua. Akhirnya mereka naik atas balik sebab penerbangan ditangguhkan. Petang ada perjumpaan untuk bahagikan group untuk evakuasi. Majoriti antara kami dalam group 2. Sepatutnya group 2 akan gerak esok. Wallahualam.




3 feb 2011

Group 1 dah berlepas. Mereka keluar sejak awal pagi. Tapi hanya berapa orang sahaja yang berjaya gerak ke Jeddah. Yang lain tersadai di airport dari pagi sampai malam tanpa makanan. Haish, sepatutnyya hari ni dah mula makanan ditanggung, tapi nampak gayanya belum ada apa2 perkembangan. Kami yang sepatutnya sudah diterbangkan juga tidak dipanggil-dipanggil. Entah, katanya jadual dah berterabur. Orang-orang dari rumah negeri diangkut dahulu. Kalau ikut jadual, sepatutnya penghuni arma yang seharusnya dilepaskan dahulu. Wallahualam. Kami sudah mula tak bersemangat dan berhenti berharap. Tunggu dah lihat. Yakin dengan ketentuan dari Allah adalah yang terbaik.

Sejak dah beberapa hari duduk bersama-sama, kita akan nampak ciri sebenar manusia sekeliling kita. Bagaimana manusia akan berubah dalam keadaan sebegini. Tarbiyah yang sangat kuat. Bila mana kita melihat manusia berubah, kita akan refleks diri kita. Sejauh mana kita resist dengan perubahan suasana. Sejauh mana kita memikirkan kepentingan orang-orang sekeliling kita. Orang yang kita rasakan dah lama kenal, seolah-olah banyak sifat baru yang akan kita discover. Kan?

Hari ni, maryam dan sakinah punya jalan cerita agak best dan challenging. Mereka pulang ke Mounira bersama musyrif untuk menyelesaikan urusan sewa rumah. Perjalanan pergi agak smooth walaupun beberapa kali ditahan oleh syabab2 yang menjaga keamanan. Namun perjalan pulang dari sana ke arma agak berbeza. Teksi mereka ditahan sekali lagi. Tapi kali ini diarahkan untuk turun dan passport mereka dipegang oleh lelaki yang mengarahkan mereka untuk turun. Tiba-tiba ada chaos di kawasan berdekatan mereka. Lelaki yang pegang passport mereka yang berparang tu lari tinggalkan mereka dengan membawa passport mereka. Keadaan menjadi kalut. Hazwan cuba kejar, tapi kolar bajunya ditarik oleh syabab2. Setelah mereka disoal siasat, syabab2 lain membantu mereka mendapatkan kembali passport. Sakinah dah menangis beria-ria dah sebab risau passport maryam dan hazwan dibawa lari. Sakinah sendiri tak bawa passport.
Setelah mereka berjaya dapatkan semula passport, syabab2 carikan teksi baru untuk mereka.

Nak jadi cerita, bila naik teksi baru tu, perjalanan mereka juga tidak smooth. btw, teksi pertama mereka tidak berbayar. Masa naik teksi ke 2, tiba2 muncul crowd dari belakang. Menjerit2 pakcik teksi arahkan mereka tutup tingkap dan menyuruh orang sekeliling lari ke kawasan selamat. Then sampai di satu simpang, pakcik teksi arahkan mereka turun dan naik teksi disebelah mereka. Jadinya, teksi ke 2 juga tidak berbayar.

Maryam dan sakinah bila sampai arma terus bercerita kepada kami keadaan mereka. Semua pelajar yang pulang ke sekitar mounira dan sayeda zeinab diarahkan pulang secepat mungkin untuk mengelakkan insiden seperti mereka berlaku.

Dah, semua nampak gayanya semakin bosan dan tertekan. Bukan tiada buku untuk dibaca, tapi mood dah melayang. Rasa hidup macam tak produktif langsung. Huhu. Ya Allah, tak patut betul ada sifat dan perasaan macam ni.




3:54 AM

#1

Posted by bukan penulis tegar |

Do not love the one who doesn't love Allah,  if they can leave Allah,  they will leave you" (Imam Shafee'i) 

3:28 AM

Resepi Mee Udang

Posted by bukan penulis tegar |

Hari ni, menunaikan permintaan housemate yang teringin nak makan mee udang.
Jujurnya tak pernah pun makan mee udang kat Malaysia, 1st time makan kalau tak silap 2 tahun lepas, masa tu tak ingat ntah macam mana boleh nak try masak mee udang ni. Kali ni kiranya kali yang ke 3 makan, dan semuanya  makan masakan sendiri, nak jugak rasa orang lain masak, :'(
mana nak cari ea kalau kat negeri hitam putih tu?

Alhamdulillah, orang-orang yang suka makan mee udang approved. :)

Disebabkan tak pernah tahu pun rasa dia macam mana, so mesti la kena google. Lepas google, ikut sedap lidah dan hati  je lah alter resipi tu.


Bahan :

1/2 kg udang basah
1 paket spagetti / mee kuning
6 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung/ kentang/ ubi keledek yang direbus kemudian dilenyek (sekiranya mahu memekatkan kuah)

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
1 genggam setengah udang kering (sebab tangan kecil, so kena letak segenggam setengah. hehe)
10-15 batang cili kering (direbus/rendam, dan diblend)

Aksesori
Daun bawang
Daun sup
Sawi (sini takde sawi, sayur apa-apa la yang daunnya warna hijau pun boleh)
Carrot ( supaya kuah lebih meriah)
Cili merah (potong halus)
Limau nipis
Telur Rebus
   

Bahan yang perlu diblend + cili kering

Masak kuah jom! Bismillah dulu :)

1. Rebus udang bersama kulit dan kepalanya. Simpan air udang untuk dimasukkan dalam kuah. Sebahagian kulit dan kepala udang diblend bersama air untuk dijadikan pes udang.
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masak.
2. Masukkan kulit dan kepala udang yang sudah dikisar bersama air rebusan udang.
3. Masukkan sos-sos, carrot dan udang yang sudah direbus tadi.
4. Masukkan garam gula secukup rasa
5. Kalau nak pekatkan, bancuh tepung jagung/ kentang dan masukkan dalam kuah.

Untuk aksesori,
Potong sayur hijau (sawi) dan celurkan. Juga potong daun bawang daun sup, cili merah, limau dan telur rebus. Siap, alhamdulillah. (Kalau ada taugeh, boleh letak sekali)


             Alhamdulillah, suami dan anak-anak suka, siap bertambah-tambah.                                           (eh, sejak bila pulak ada suami? haha) ;P                                           
  

3 Jan 2012
:)

10:45 AM

Poisoning?

Posted by bukan penulis tegar |

2 Jan 2012.
Habis isi perut semua keluar balik.
Punca?
- nasi yaman punya salatah?
- LD Venus expired?
- Makan terlampau banyak?
- Kopi dan roti?
- Makan ubat dan supplemen dengan banyaknya?

Sakit tak terhingga, perut memulas. "Maghas" orang arab mesir sebut.
Guling-guling tahan sakit.
Lepas muntah baru lega.

Habis isi perut, dehydration juga mungkin.
Bangun 1 pagi kelaparan.
Jap lagi lepas subuh, konfem nak serbu dapur masak apa yang patut!
(eh, insyaAllah...)

Betullah, 2 nikmat yang kita selalu lupa. Nikmat masa lapang dan nikmat SIHAT.