Tipikal

Catatan Maya Yang Bukan Luar Biasa

5:57 AM

Chorea dan Arthritis

Posted by bukan penulis tegar |

Doc Hend cakap,
Patient Rheumatic Fever yang ada chorea, takkan ada arthritis. Bayangkan kalau patient tu ada arthritis, tiba-tiba ada chorea, kesakitannya memang tak terhingga. Pergerakan badan yang tak dapat dikawal ditambah dengan kesakitan pada sendi-sendi, memang sakit tak terhingga. Maka, bersyukurlah.
Alhamdulillah.

Doc bagitahu juga,
infant yang ada respiratory distress akan manifest early than older children. Maksudnya bayi biasanya bila ada masalah pernafasan yang teruk, kita akan nampak tanda-tandanya awal, sedangkan kanak-kanak adalah lebih lambat. Hmmm, bila fikir-fikir balik, memang sesuailah begitu. Bayi yang masih kecil tak mampu untuk bercakap dan beritahu pada orang lain yang dia sedang sakit, maka Allah bagi tanda-tandanya lebih awal supaya kita yang dewasa dapat melihat dan mengenalpasti, sedangka kanak-kanak yang sudah boleh bercakap, mereka sendiri yang akan mengadu bila sukar bernafas mahupun sakit.
Alhamdulillah.

Tidaklah Allah akan membebani hambanya melainkan apa yang kita mampu :)

Sungguh, apa sahaja yang Allah ciptakan, semuanya terbaik!

Chorea :

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/OveGZdZ_sVs" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


Just to remind in case we forget,
Setiap hari bila mana bangun dari tidur, atau selepas subuh, atau bila-bila sahaja anda teringatkan, niatkan dan tekadkan dalam hati,

" Ya Allah, semoga hari ini lebih baik, semoga hari ini apa sahaja yang akan aku lakukan dapat memberikan manfaat kepada diriku, dan semoga aku dapat memberi manfaat pada yang lain. Dan semoga urusanku hari ini akan mendekat aku dengan diriMu".

3:45 AM

Kembalikan pada Allah

Posted by bukan penulis tegar |

Mari kita cuba merubah kehidupan agar menjadi lebih bermakna.
Lepas ni nak selalu cuba kembalikan semua perkara kembali pada Allah.
Contoh :

Kita lapar, maka kita makan. Then kita kenyang. Macam mana aktiviti makan dan kenyang ni nak kembalikan kita pada Allah?

Kita nak exam, maka kita study. Bila dah study, berjaya insyaAllah. Jadi bagaimana dengan usaha dan kejayaan ni, nak dikembalikan pada Allah.

Kita mengantuk, maka kita tidur. Macam mana nak jadikan tidur kita tu, tidur untuk mendapatkan redha Allah.

Setiap hari kita mandi, macam mana mandi kita, gosok gigi kita, cuci muka kita, sapu losyen kita, pakai bedak kita, gosok baju kita, pakai baju warna sekian-sekian, pakai kasut sekian-sekian, boleh mengembalikan kita pada Allah?

Tak kisahlah apa sahaja, dari sekecik-kecik perkara, sampailah kepada sebesar-besar perkara, mari usahakan semuanya kerana Allah, demi untuk lebih dekat dengan Allah, dekat dengan syurga Allah.

Juga nak mengingatkan, segala keadaan, ketetapan yang berlaku pada kita, sebenarnya adalah keadaan yang terbaik bagi kita untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Di bumi mana kita dilahirkan, di bumi mana kita belajar mahupun bekerja, kerjaya yang kita berada di dalamnya, sakit dan sihat kita, lebih dan kurangnya diri kita, kawan-kawan dan orang sekeliling kita, dan apa sahaja, semuanya Allah dah susun demi kebaikan kita, demi memudahkan kita untuk lebih dekat dengannya. Allah dah meletakkan facilities yang terbaik untuk setiap manusia, sekarang semuanya bergantung pada kita bagaimana nak menggunakan segalanya.

3:10 AM

Breastfeeding and Weaning

Posted by bukan penulis tegar |

Hari ni kelas paeds rasa macam pergi kursus khas untuk bakal-bakal ibu. :)
Nak pulak kelas kami semuanya perempuan sahaja. Hehe. The only class yang takde lelaki.
Dah la kelas best, dalam kelas ada toilet khas. Doc pun sangat best.

Nota penting hari ini :

  • Kena menyusukan anak (breast feeding) dalam 6 bulan pertama untuk setiap 3 jam. Yup, every 3 hours, even at night. On also on demand. Kalau anak menangis, maka perlulah nursing kan bayi anda. Penat memang penat, tapi anak sendiri kot. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita. Doc pesan kalau mak bayi to refuse ke takut penat ke, tunjuk gambar ni. 

Nak anak kita ada Kwasyiokor?

  • Weaning (mula bagi bayi anda makan selain breastfed) adalah setelah bayi mencapai 6 bulan. Tapi jangan stop breastfed. Islam sendiri menggariskan untuk menyapih anak sehingga berusia 2 tahun. Bagi anak kita makan yang seimbang, bukan semata-mata karbohidrat, atau semata-mata protein mahupun fat. Bak kata doc, bagi makan apa yang anda bagi suami anda makan. Ikan, nasi, sayur, ayam, dan lain-lain.
  • Bila dah mula weaning, jangan rasa fed up atau cepat putus asa. Memang kadang-kadang bayi kita susah untuk terima, merengek-rengek tak nak makan, tapi ibu-ibu tak boleh putus asa. Try untuk stop dulu dalam 2 hari, then cuba lagi. The best weaning adalah mulakan dengan kuantiti yang sedikit (small amount), satu jenis makanan  (1 type of food) , dan cuba tingkatkan kuantiti secara perlahan-lahan (increase gradually). Maksudnya janganlah hari ni makan kentang penyek, esok makan nasi je, lusa makan pisang pula. Cuba konsistenkan menu yang mengandungi semua keperluan bayi.
Pesanan terakhir, sayangilah bayi anda. :D
Zuriat kita antara harta yang berharga. Jaga dan pelihara bayi anda supaya mereka boleh membesar dengan sihat, baik dari tumbesaran jasadnya (growth), fungi tubuh badannya (developmental), mahupun rohaninya.
InsyaAllah, semoga zuriat kita menjadi bekal kita apabila jasad kita sudah ditimbusi tanah. Semoga zuriat kita nanti menjadi harta yang berharga buat agama kita, insyaAllah.


Anak adalah anugerah dari Allah :)


11:50 AM

Resepi Rendang Tanpa Kerisik

Posted by bukan penulis tegar |


Amaran : Bukan tukang masak professional. Resepi adalah berdasarkan pengalaman cuba-mencuba, berdasarkan kajian google, bonda dan manusia Malaysia yang lain. 

Bukan setakat tanpa kerisik, tapi juga tanpa lengkuas. Sekadar cukup syarat.

                      Rendang Ayam yang serba-serbi tak cukup bahan, tapi menjadi. Alhamdulillah :)

Bahan :

1. Ayam (sesuai untuk seekor ayam)
2. 2-3 biji bawang Besar
3. 4-5 ulas bawang Putih
4. 2-3 inci halia
5. 1-2 inci kunyit hidup
6. 2-3 batang serai
7. Sedikit cili kering
8. 10-15 biji cili padi ( ikut suka nak letak banyak mana)
9. Santan (lebih kurang 1 setengah paket santan serbuk)
10. Gula kabung ( lebih kurang saiz syiling 50sen)
11. Asam keping
12. Garam
13. Daun limau
14. 2-3 helai daun kunyit

Cara masak:

Kisar bahan 2-8.
Selepas kisar, tumiskan semua bahan tersebut. Selepas agak-agak naik minyak, masukkan daun kunyit, asam keping dan daun limau. Masukkan santan. Dan seterusnya masukkan ayam. Kacau sampai ayam dengan kuah tu sebati dan mesra. Letak garam dan gula kabung.Masak dan tunggu sampai kuah rendang hampir kering. Tapi ikut suka nak kuah banyak mana, agak-agak je ikut instinct masing-masing.

ps: Rasanya kalau takde kunyit hidup, menjadi je rendang tu, insyaAllah. Same goes with gula kabung tu.
Jangan lupa tau baca bismillah. Kalau Allah nak bagi rendang tu jadi, maka jadilah rendang tu nanti walaupun banyak bahan tak cukup. Dan juga lupa, masak dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan :)

5:13 AM

Masalah

Posted by bukan penulis tegar |

Saya rasa saya ada masalah bila ada sesetengah orang suka guna [huhu~] dalam ayat mereka.
(yang bukan bawa maksud sedih)

Saya rasa saya ada masalah bila orang buzz saya di YM. (melainkan bila dah tegur, bagi salam ke apa ke, tapi saya tak jawab).

Saya rasa saya ada masalah sebab saya ada masalah-masalah ni.
Haih. Ntah apa-apalah awak ni.

10:45 AM

Tak pelik ke?

Posted by bukan penulis tegar |

Eh, hebat kan kejadian manusia.

Bayangkan dari permulaan kejadian kita, macam mana ea sel-sel yang terbentuk tu tahu apa yang dia kena buat?

Macam mana ea dia tahu yang dia akan berfungsi sebagai mata, sebagai jantung, sebagai hati, sebagai tulang, dan sebagainya?

Macam mana ea dia tahu di mana dia perlu berada, di mana kedudukan dia?
Tiba-tiba mata tu ada 2, duduk kat bawah dahi, hidung kat tengah, rambut atas kepala, 2 tangan kiri kanan, 2 kaki kiri kanan, jari tangan ada 10, jari kaki ada 10?


Macam mana jantung boleh duduk kat bawah paru-paru, hati duduk kat bahagian kanan abdomen, pundi hempedu duduk belakang hati, perut bersambung dengan usus?

KEBETULAN ke? Ke kita (baca : manusia) bagi arahan? Mak kita masa kita mengandung tu ada cakap dengan sel-sel untuk dengar arahan?

Macam mana ea, macam-macam sistem boleh berfungsi serentak?
CVSnya, CNSnya, GITnya, Respiration, etc? Macam mana kalau ada yang tiba-tiba tak berfungsi?
Tak pelik ke?

Nak tanya soalan ni, tapi saya tak perlukan jawapan.
Agak-agak kalau diberi pilihan untuk hilang fungsi salah satu organ/ sistem dalam badan kita, organ mana ea nak pilih? 
Nak hidung tersumbat? Ke nak jari kelingking sakit? Atau nak sakit gigi?  Pedih mata ok tak?
Kalau nak lebih extreme boleh juga. Sakit jantung mungkin, atau pendarahan dalam kepala? Ke nak liver carcinoma?

Termenung sambil berfikirlah sejenak, sejauh mana kita bersyukur ni kawan-kawan?
Haihh.

Oh btw, syukur yang dimaksudkan BUKAN sekadar ucapan
" Alhamdulillah, aku tak sakit macam pesakit tu" - sampai bila tahap kesyukuran kita sekadar ini?

2:42 AM

Ruang Penambahbaikan

Posted by bukan penulis tegar |

Rebutlah peluang yang ada, kerana  di mana ada peluang, di situ ada ruang penambahbaikan.
The only constant things is change.
Cubalah, kalau tak cuba, macam mana nak tahu.

Garam rasanya masin, tapi kalau tak pernah cuba rasa garam, macam mana nak tahu masin tu macam mana. Gunalah seberapa banyak perkataan untuk men"describe" masin, memang susah selagi mana diri kita sendiri tak cuba merasa garam itu sendiri.

Hiduplah dengan "kemanisan", "kemasinan", "kemasaman", dan "kepahitan" (dan kepedasan mungkin?) . Bila macam-macam rasa ada, barulah nikmat itu terasa. Tak gitu?

Jangan takut untuk terus hidup! Tapi takutlah dengan kehidupan yang membawamu jauh dari Tuhan.

8:31 PM

Posisi

Posted by bukan penulis tegar |

Walau di mana pun posisi kamu, buatlah yang terbaik yang kamu mampu, keranan setiap dari kita ada peranannya tersendiri. Hidup memang saling memerlukan. Saling melengkapkan. Mainkanlah watakmu dengan penuh kesungguhan. Mahupun tukang sapu, atau tukang lampu, atau seorang pemandu. Tapi jangan jadi pengampu :)
Percayalah, di mana pun posisi kamu, jika dibuat dengan penuh kesungguhan, demi berbakti kepada umat manusia, usahamu takkan pernah sia-sia. Dalam pace kita yang tersendiri, kita cuba membina ketamadunan manusia! Percayalah! Dengan berbekalkan niat yang tulus, mulus, penuh keikhlasan, tuhanmu takkan menyiakan amalanmu walaupun hanya sebesar biji sawi.

8:19 PM

Behcet

Posted by bukan penulis tegar |

Bukan HO di Malaysia je yang terpaksa mengebalkan jiwa, di sini pun sama.
Pagi tadi kami dipersembahkan dengan situasi di mana HO diherdik oleh prof dihadapan pesakit dan dihadapan student. Huuuuu, rasa cam nak je cakap kat HO tu " sabar, sabar, jangan malu dengan kami, bahkan kami sentiasa bersama anda"( cewah) . Tapi doc HO tu takde la buat muka ke apa, tabah je tadah telinga dan pandang prof. Haih. Get ready guys.

Hari ni kami dapat pesakit Behcet. Berkali-kali prof minta kami untuk terus bersyukur. Syukur kerana diberi kesihatan yang baik dan syukur kerana dapat jumpa case ni. Sebab Behcet disease adalah rare disini, tak seperti Jepun di mana antara punca utama buta di sana adalah disebabkan Behcet.

Nota medik hari ini,

  • Clubbing nail, warm, bluish tongue : Central Asphyxia
  • Kalau nak ambil respiratory rate, buat macam konon-konon nak ambil pulse, supaya patient tenang, takdelah nampa sangat macam kita tengah tenung dada dia untuk tengok dia bernafas.

4:55 AM

Mati

Posted by bukan penulis tegar |

Haha.
Tapi hakikatnya, marilah poke diri sendiri.
Sesungguhnya mati itu dekat.

9.10.11
:)

4:38 AM

Absorber

Posted by bukan penulis tegar |


Kelmarin dan semalam menaiki micro bus, sepanjang perjalanan memang asyik terlambung-lambung.
Banyak betul bonggol dan lubang. Dalam hati terdetik, kalau ibu mengandung ni, tak sesuai nak naik micro bus ni, kena naik train, jalannya rata dan tak terlambung-lambung.

Tiba-tiba dalam perjalanan tu terfikir balik, Allah cipta semua benda dalam keadaan terbaik. Baby dalam perut ada protection yang tersendiri. Ada absorber tersendiri (amniotic fluid), jadinya bila terlambung-lambung ni, insyaAllah baby dalam kandungan tu selamat. (Tapi janganlah cari pasal pergi melompat beria-ria tak tentu pasal)



Dalam badan kita sendiri ada banyak absorber. Antara setiap vetebrae (tulang belakang) adanya intervetebral disc of cartilage. Sama juga dekat sendi-sendi kita. Otak kita pun ada absorber tersendiri, dikenali sebagai cerebrospinal fluid (CSF).

Hmmm.........


"Maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman : 13)

1:15 AM

Saya memang tipikal

Posted by bukan penulis tegar |


Tipikal manusia, bila dia sakit, dia nak ada orang ambil berat berkenaan dirinya. Tapi dia lupa yang Allah sentiasa bersama dengannya.

Tipikal manusia zaman serba moden, zaman dunia hujung jari, zaman laman sosial,
bangun pagi je, terus nak buka FB, check apa yang patut, stalk sesiapa yang terlintas nak stalk.
Haih, dia lupa yang sepanjang masa malaikat sentiasa stalk dia. Hey awak, bangun pagi pergi la sembahyang subuh dulu, baca quran, baca mathurat. Baca muka buku dulu apa barang? Nak Allah berang?

Entah apa kaitan perenggan satu dan dua.

Ps : Hari ni dan seterusnya saya bakal tidur bertemankan langit, bintang dan bulan. Kih3, baru renovate bilik la konon. Moga-moga muhasabah di malam hari lepas masyuk dengan melihat indahnya langit yang berhiaskan bintang. Setiap hari saya bakal bangun umpama dikejutkan sang langit :)




Jumpa lagi.

12:51 AM

Raya

Posted by bukan penulis tegar |


Memohon kepada tuan empunya badan dan semua umat manusia yang disayangi.

Esok hari raya, harapannya :

  • Jangan rosakkan pahala amalam puasa kita selama ni
  • Memakai baju yang terbaik,baik baju baru atau baju lama yang terbaik, tapi janganlah sesekali salah niat, janganlah merasakan baju anda adalah tervogue, termacho mahupun terstylo sekali. Rugi besar nanti, bankrupt. Jauhkanlah jauh-jauh rasa riak, takabbur, bangga diri dan adik beradiknya.
  • Amalan ziarah menziarahi sangat dituntut, tapi ziarahlah betul-betul. Niat baik-baik mahu eratkan silaturrahim rahim, jangan nak duk usha-usha anak orang, jaga pandangan mata, jaga hati.
  • Nak ziarah rumah orang ada adabnya. Bukan main datang je buat terus macam rumah sendiri.
  • Bagi yang terima tetamu, silalah menerima dengan hati yang penuh suka dan gembira, haihlaa, tetamu datang bawa rahmat. Jangan duk nak risau la kena layan, kena buat air sirap, hidang dodol ke apa ke. Semua tu ada pahala besaq Allah nak bagi. 
  • Mohon dengan sungguh-sungguh ni, semoga sama-sama istiqamah dengan amalam yang dah dipraktis dalam ramadhan semalam. Paksa diri untuk istiqamah, kalau rasa malas, lawan sungguh-sungguh. Senyum sinis la pada  diri anda yang paksa anda bermalas-malasan tu.
sekian, bye. 

semoga amalan kita diterima Allah. ameen

11:48 AM

Beradab dengan binatang?

Posted by bukan penulis tegar |

    Kredit 

Semasa berbuka, abah buka isu.
Abah cakap orang bukan islam kejam bunuh binatang.
Kakak cakap, lepas bunuh dengan kejam tu, jadilah burger, hotdog dan sebagainya.
Saya cakap,  islam adalah cara terbaik. Islam ajar sembelih binatang yang hendak dimakan.
Islam ajar adab sembelihan. Islam tak bagi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih.
Islam ajar, mesti kena pakai pisau yang tajam supaya haiwan sembelihan tak rasa sakit, supaya proses sembelihan boleh berlaku dengan cepat.
Islam ajar jangan sembelih haiwan tu di depan haiwan yang lain.
Islam ajar kena tenangkan haiwan sebelum proses sembelihan.
Dan banyak lagi.

Eh, beradabnya islam dengan haiwan. Ini baru dengan haiwan, belum dengan manusia.
Cool la Islam ni. Kalau haiwan pun dilayan begitu, apatah lagi dengan manusia.
Wah, memang betul-betul cara hidup yang terbaik la!

Saya rasa izzah (bangga , mulia) dengan islam, anda bagaimana?
:)

11:32 AM

Anehnya senyuman

Posted by bukan penulis tegar |


Pernah tak terfikir yang senyuman ni satu keajaiban?
Macam mana ea, dengan gerakkan bibir kita sikit, gerakkan muscle dekat muka tu,
tiba-tiba pergerakan tu dapat menzahirkan rasa hati,
mungkin melambangkan kegembiraan, keseronokkan, dan ada juga tangis dalam senyum.
Kuat dan lemahnya seseorang juga boleh dinilai dengan senyuman yang dilemparkan. Nice kan?




Senyum juga dapat menghubungkan hati-hati manusia. Subhanallah.
Walhamdulillah kerana Allah anugerahkan manusia dengan senyuman. Bayangkan hidup tanpa wujudnya senyuman, hambar kan?

Dan islam menggariskan, senyum itu satu sedekah. Hmm, sungguh, islam mengajar kita menyenangkan hati manusia lain dengan salah satu cara mudah yakni senyum. Gerakkan bibir anda sikit, dah dapat pahala.
Jadi, susahkah mengamalkan islam itu?

Bila kita berniat buat baik, terussss dapat pahala, tapi bila mana kita berniat jahat, kita tak akan berdosa selagi mana kita tak buat kejahatan tu. Ya Allah, baiknya Allah, nak bagi peluang kita dapat pahala banyak, nak bagi imbangan pahala kita berat di akhirat nanti. Cuba bayangkan kalau niat jahat dapat dosa, akan terhapuslah pahala-pahala kita, jadi bila dihisab, macam mana dengan imbangan kita? Di tengah-tengah antara syurga neraka, atau jatuh ke sana terus? Nauzubillah.

Jom murahkan senyuman :)

8:33 PM

Sale dah nak habis!

Posted by bukan penulis tegar |


Memang laju betul masa berlalu, rupa-rupanya kita dah masuk fasa 10 terakhir ramadhan.
Marilah mewajibkan diri bangun solat malam, mengaji quran, berdoa dan sebagainya. Arghh, rugilah kalau terlepas malam kemuncak, kang menyesal tak sudah. Siapa boleh jamin dia boleh beribadat 1000 bulan?
Silap haribulan, nyawa kena tarik di pertengahan jalan.

Latih diri kita untuk bangun malam selalu, moga-moga juga dapat istiqamahkan diri.

Oh, Allah, biarlah andai aku tipikal di mata manusia, tapi luar biasa dipandanganMu.

Ameen.

11:58 PM

cubaan 2

Posted by bukan penulis tegar |

New post should located above the old one

10:43 PM

Tipikal

Posted by bukan penulis tegar |

Percubaan untuk blog yang tipikal.
:)

9:35 PM

Header

Posted by bukan penulis tegar |