Tipikal

Catatan Maya Yang Bukan Luar Biasa

1:14 PM

Akuarium

Posted by bukan penulis tegar |

Nak bela haiwan, tapi tak nak komitmen, atau tiada bajet? Mari melukis, pengubat stress. (stress?)


"Fresh" dari uterus ibunya, tapi delivered by CS (pembedahan). 

Bila masuk labour room je, mula lah terdengar pelbagai pitch punya jeritan. High pitch, low pitch, dengan keluh kesah ketakutan dan kesakitan dari ibu-ibu yang bakal melahirkan zuriat pemangkin ummat. Tapi aku lihat doktor dan nurse yang ramai di situ, kelihatan bersahaja. Sudah lali agaknya.

Ada ibu yang menampar-nampar pipinya sendiri. Aku tak pasti sejauh mana tamparan itu mampu menghilangkan kesakitan. Ada ibu yang berkali-kali menyebut "ya lahwiy". Aku juga tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan "ya lahwiy". Orang arab memang selalu sebut perkataan "ya lahwiy" termasuk ketika meraikan kemeriahan walimah mereka disini. Dari pemerhatian aku, memang berbeza budaya arab dan melayu. Tak kelihatan pula mana-mana bapa di sini selepas bayi selamat keluar ke dunia barunya. Tak adalah azan mahupun iqamah seperti yang selalu kita di Malaysia buat. Banyak lah lagi juga beza yang lain.

Setiap kali ada kelahiran, aku selalu risau. Hmmm. Kalau boleh, memang nak sangatlah kata-kata pertama yang didengar bayi ini adalah kalimah-kalimah yang mengagungkan tuhan. Memang bayi dilahirkan dengan penuh kesucian, kalau pun azan dan iqamah itu bukan untuk bayi itu, tapi cukup untuk kita sebagai ibu atau bapa atau sesiapa sahaja untuk kembali menyedarkan dan mengingatkan kembali tentang hakikat penciptaan manusia. Tentang fitrah manusia. Fitrah bertuhan. Tujuan kehidupan. Jadi, setiap kali ada kelahiran baru disitu, aku memanjatkan doa dalam hati agar bayi ini membesar dengan soleh dan musleh. Ameen. (sambil intai-intai kot-kot ada ayahnya muncul).

Btw haritu tak sempat nak tengok kelahiran bayi yang breech (songsang). Nak sangat tengok sebenarnya, sebab aku juga dilahirkan songsang! Orang lain keluar kepala, tapi aku degil nak keluar kaki dulu. Hehe. Moga-moga akan datang aku dapat melihat dan menonton kembali bagaimana aku dilahirkan 23 tahun dulu. Petang tu, whatsapp dengan ummi, 

"Umi, mesti sakit kan beranak dulu. Hehe. Terima kasih beranakkan. Hihi"
"Umi kena angkat kaki macam lembu nak kena lapah"
"Oo ea. Hihi"

Boleh pulak banyak kali hihi. :D






11:20 PM

Bye Surgery. Hai O&G

Posted by bukan penulis tegar |

Semalam tamat round surgery untuk tahun 5. Alhamdulillah.
Walaupun masa OSCE patient 1 dan 2 tak cooperative, tapi banyak lagi sebab lain yang patut disyukuri.
Alhamdulillah, doa dan harapan aku nak exam long case dengan Dr. Fathi dimakbulkan. Baik kan Allah? :)
Dan oral exam itu berjalan lancar dengan ilham dan bantuan dari Allah. Syukrulillah.
Tapi sebenarnya dan sesungguhnya, aku takut. Huuuu. Sebab rasa banyak dosa, tapi Allah banyak tolong.
Takut jadi istidraj. Sangat menakutkan. Semoga Allah lindungi aku dari kejahatan yang aku lakukan. Ameen.

Btw, rasa bahagia la pulak di hari akhir exam. Baru sedar yang department Dr Safwat sangat cool dan best. Dan Dr Safwat yang dulu kami takut sebab kelihatan agak "psycho", sebenarnya papa yang sangat baik. Ayah Dr Umar rupanya. Patutlah perangai macam sama :D


Dan harini, untuk hari pertama aku dalam round O&G (sakit puan). Memandangkan hari ni group kami tiada kelas klinikal, aku dan x-housemate melangkah kaki ke OT (bilik bedah). Ya, inilah kali pertama aku tengok secara life caeserian section (beranak melalui pembedahan). Perasaannya adalah, bila akhirnya baby tu berjaya ditarik keluar, terus sebak yang amat sangat. Nasib baik pakai mask, so tak nampaklah kan muka sebak nak menangis. Tsk3. Terharunyaaaa. Happy. Anugerah yang tak ternilai. Terus aku berdoa dalam hati agar Allah menjadikan anak ini syabab muslim yang soleh, yang berjuang demi agamanya.

Semoga suatu hari nanti, aku juga dikurniakan anak yang soleh solehah. Ameen.
(Rasa macam  nak jadi suri rumah la pulak. hik3)

Lepas tengok CS, tengok pula hysterectomy. Sedih jugak. Rahim dia kena buang completely.
T___T

Ok bai. Masak dinner jom, kata nak jadi suri rumah. :D

12:23 AM

Sepetang bersama Super Senior

Posted by bukan penulis tegar |

Sepetang aku dan Syila bersama 2 orang doktor yang bakal pulang berkhidmat. Kak Azah dan Kak Izzati.
Berbual-bual yang bukan kosong dengan mereka, walaupun di kedai kopi, tapi perbualan kami bukanlah sembang-sembang kedai kopi yang tipikal.

Pelbagai soalan, tips, pendapat juga nasihat yang aku dan syila utarakan. Mestilah tanya banyak, orang lebih tua, lebih banyak lagi merasa masin, manis, dan pahit kehidupan. Batch mereka adalah batch terakhir yang sedikit. Batch terakhir yang semuanya belajar dalam bahasa Arab. Kak Izzati antara senior terawal yang aku kenal. Beliau banyak menolong kami serumah ketika tahun pertama kami di sini. Sekarang, kami dah hampir 5 tahun di sini rupanya. Cuma tinggal setahun setengah berbaki. Huh. Kak Azah pula pernah jadi mentor untuk smart circle masa aku tahun 3.

Bila ditanya kepada mereka, apa yang kakak rasa menyesal tak buat sepanjang berada di Mesir.
 - Tak hal quran. Walaupun bukan hafal seluruh al-Quran, at-least kena usaha juga hafal sikit. Satu ayat sehari pun dah dikira ok. Kemudian, mesti usaha untuk mengulang. *sigh*
- Ustazah Iffat pesan pada mereka, kalau tak mampu hafal Al-Quran sekarang, kena buat target. Target by umur 40, dah hafal quran. Ustazah sendiri mula hafal quran masa beliau berumur 40 tahun. (Rindunya pada ustazah, tak pernah ziarah beliau sejak berhenti kelas masa tahun 3).
- Kuasai bahasa arab

Pesanan lain yang saya kira penting.
- By tahun 6, kena usaha dah untuk proseskan urusan rumah bertangga tu. (BM). Kalau target nak kahwin lepas habis belajar ke, lepas kerja ke, kena mula dari at least tengah tahun 6. Nanti kalau belum ada calon, agak susah di situ. Ini serius.
- Pesanan Dr. Asyraf pada mereka. Masa kita ni ada 2 keadaan, yakni masa yang mahal dan masa yang murah. Masa yang mahal tu biasanya bila dah nak dekat dengan exam, masa yang murah tu pula adalah masa lapang kitalah. Maka, kita kena beli masa murah tu banyak-banyak, jangan bila masa mahal, baru kita duk pikir nak study semua sekali. Kena gunalah masa yang murah tu baik-baik. Oh, btw bukan apply pada study sahaja, tapi pada semua benda. Banyakkan ziarah, banyakkan buat perkara bermanfaat yang lain.
- Tawakal. Bila exam, kita rasa doktor yang exam kitalah yang akan menentukan markah kita. Kita rasa markah kita bergantung pada doktor yang tanda kertas exam kita. Jadi, kita akan perform the best yang kita mampu. Hakikatnya, semuanya kena letakkan kembali pada Allah. Memang semua dah ditetapkan Allah, jadi kita kena ambil sebab. (خذ  اسباب).

Sebenarnya sangat banyaklah lagi pesanan. Tapi tak mampu nak tulis semua. Siapa nak lebih, boleh jumpa mereka atau boleh tanya kami.

Kami bincang juga situasi bidang perubatan di Malaysia, tanya pasal interview, mana nak posting, apa perancangan masa depan, apa plan nak terus kekal dengan biah solehah yang macam dekat sini, dan banyak lagi.



Jazakumullahu khairan jazak yang tak terhingga pada semua abang-abang osemm dan kakak-kakak haybat Gen5. Tanpa kalian, mesti kami semua terkontang-kanting satu ketika dulu. Tanpa kalian sebagai role model kami, mesti kami tak ada booster sangat untuk belajar bersungguh-bersungguh. Hanya Allah yang mampu berikan balasan terbaik. Kami cuma mampu doakan  untuk kalian. :)



Risau lah kalau bila jumpa orang, tak mampu berikan satu manfaat pun pada orang tu. Tak kisahlah manfaat dari segi apa pun. Tak kisahlah siapa pun orang tu. Dari orang yang hari-hari kita jumpa, baik jumpa sekali je setahun, atau sekali je seumur hidup. Allah mesti ada sebab kan kenapa dia temukan kita dengan orang atau makhluknya yang lain. Either kita yang akan berikan manfaat atau orang tu yang akan bagi manfaat pada kita. Tapi mestilah kita nak berikan manfaat pada orang lain kan?



1:32 AM

...

Posted by bukan penulis tegar |

Tahu dalam buntu
Ingin berlari, tapi umpama tidak berkaki
Keliru ke mana mahu pergi.

Rindu
Perit tapi mahu
Buat lidah jadi kelu
Jiwa tak menentu
Diri jadi batu.

Sesekali aku bercita menjadi penglipur lara
Tapi pada siapa harus aku bercerita
Akan adakah pendengar setia
Selain dari yang Esa?

Manusia
Bukannya aku tak percaya
Tapi kuasa hanya pada Dia
Jadi pada siapa harus aku meminta.

Kiranya telah tiba waktu ketikanya
Jangan kau takut untuk berusaha
Jangan terus bergelumang dalam dosa
Semoga jalan terus terbuka
Untuk kita bahagia di syurga.

**************************

"Hujan" bertemankan

1. Sendiri menyepi - Edcoustic
2. Sesungguhnya - Mawi ft Akhil Hayy
3. Penghambaanku - Star Five
4. Tuhanku - Raihan

Lepas hujan, bumi kembali segar. Semoga terus subur dengan iman. Semoga terus sabar menanti, semoga ada pelangi yang menjelma nanti, sebagai ganjaran dari Ilahi. Senyum sikit :)

Esok mock exam OSCE. Tak sungguh-sungguh pun usaha ni. Haishhh, nak kena ni.

Eh, sorry kalau ada sesiapa baca entry ini. Sesi luahan hati. ;)

5:06 AM

Malu

Posted by bukan penulis tegar |

Sepatutnya bila kuat buat kesalahan, kemaksiatan,  sebarang dosa, atau seangkatan dengannya
yang pertama patut kita rasa malu adalah malu pada Allah.
Tapi hakikatnya yang selalu terjadi adalah kita lagi malu kalau manusia yang tahu, berbanding kalau Allah tahu. (eh, mana ada kalau, sebab Allah memang tahu pun).

Kita cuba sembunyikan kemaksiatan kita dari manusia, sedangkan manusia tu pancainderanya memang terbatas.
Memang pun kita boleh sorok dari manusia. Sebab manusia adalah manusia. Tapi Allah?
Kenapa kita nak sorok dari manusia? Mungkin sebab nanti darjat atau taraf kita jatuh di mata mereka?
Eh, tapi dengan siapa sebenarnya kita beriman ni?

Allah, jangan sampai kau tarik rasa malu bermaksiat kepadamu dari aku dan mereka semua.

6:19 AM

CJ

Posted by bukan penulis tegar |

29 Feb 2012
11.53 pm


Khatam "Contengan Jalanan"
Hlovate

Eh, kalau boleh khatam dalam masa 2 minggu pun dah kira terbaik. Tak sampai seminggu, not bad la.
Biasanya 3 bulan, 5 bulan, setahun pun belum tentu habis. Haha :)

Semoga Allah ketemukan juga apa yang aku cari. OR apa yang aku hilang, mungkin?

Life is full of answers waitng to be discovered. - part 2