Tipikal

Catatan Maya Yang Bukan Luar Biasa

7:31 AM

Catatan "Darurat Yang Meng-erat"

Posted by bukan penulis tegar |

Malam ni genap setahun peristiwa internet dan perhubungan kami diputuskan gara-gara darurat 2011 rakyat Mesir bangkit menentang Husni Mubarak. Terbangun tengah malam sebab dapat panggilan telefon, dan terus teringat note pad yang tak tershare dengan sesiapa lagi walaupun dah lama berniat. Catatan ni dibuat setiap hari sepanjang darurat sehingga sebelum dipindahkan ke Jeddah.

Tak di edit pun ni. Mentah. Copy paste.

Darurat Yang Meng-erat sebab peristiwa darurat ini mengeratkan lagi ukhwwah kami. :)


28 jan 2011 - 12.20 am
Internet dipotong. Sebelum internet di cut, FB dan TWITTER telah diblock lebih awal. SMS juga telah diblock.
Hari ini perintah berkurung bermula dari 6petang ke 7pagi.



29 jan 2011 - 10.20 am
Talian telefon semuanya dipotong kecuali talian landline.
Selepas zohor,  5 orang budak separa berani pergi merayau-rayau di syari3 kasr el-ainy. Sengaja buat muka blur, pergi tanya pakcik kedai sobah kenapa jalan raya lengang. Takde niat nak ke sobah untuk beli makanan pun, tapi pura-pura belilah juga makanan kat situ. Ye lah, ada pakcik bertugas sekeliling tu jaga jalan, jaga keamanan.

After makan, try cari rumah akhawat depan syari3 tu. Tapi konfem kami salah imarah. Dengan kecewanya, pergi gerak ke rumah Umai, lepak makan situ. Habis makan, nak gerak balik rumah, kena sound dengan tuan rumah diorang, suruh duduk rumah diam-diam. Tapi budak-budak separa nakal ni, keluar jugak. Dah keluar rumah, kene jerit pula dek makcik pakcik sekeliling. Apa lagi, lari....!!

Kami lari-lari anak, tapi tak terus lari balik rumah. Sesekali dua berhenti dan mengintai-intai keadaan yang dah mula riuh di syari3 kasr el-ainy dari jarah lebih kurang 300 meter. Bila dah nak sampai rumah, kami bergerak ke kedai kopi. Pakcik kedai kopi melambai-lambai ajak kami join sekali tengok TV skrin bola diorang. Siap explain bagai-bagai apa yang tengah TV tu tunjuk.

Makcik atas rumah badar tiba-tiba muncul. Dipelawanya kami menonton Al- Jazeera di rumahnya dengan dihidangkan Syai. Dengan gurauan sila bayar LE10. Hehe. Last-last, air lemon yang kami dapat, dan konfem free. Dengan liputan dari TV plus liputan langsung dari sutuh (bumbung) rumah makcik. Setiap 5 minit, anak kecil makcik akan update kepada kami tentang apa yang berlaku live di syari3 kasr el-ainy. Huh, asap berkepul-kepul. Air punya tinggi kalah bangunan. Api dibaling-baling ke udara. Budak-budak arab kutip botol, letak minyak tanah. Masyarakat arab majoritinya bertopeng untuk mengelakkan gas pemedih mata.

Mula dari tarikh ni, perintah berkurung berkuatkuasa dari jam 4petang ke 8pagi.



30 jan 2011
Jet pejuang berlegar-legar di ruang udara. Masyarakat arab menjenguk-jenguk dari daratan dan dari balkoni-balkoni rumah.

Pelajar yang menetap di sekitar Saad Zaghloul dan kawasan yang hampir dengan tahrir dipindahkan ke Mounira.

"Meeting" rj. Ini soal makanan! Darurat. Quota ditetapkan. Comel sungguh! =). Rj nak sangat berkumpul duduk sama-sama. Nah, duduk lah berkampung ramai-ramai dengan "bahagianya".
Boleh pulak ramai-ramai menonton filem mengambil ibrah.

Mendapat berita kini kita berada di zon oren : kuning ke merah. Berkemungkinan besar akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.


31 jan 2011
Pagi-pagi dah terbangun. Pukul 4-5 pagi, mereka dah bising-bising berkongsi berita dari malaysia. Keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan semuanya melaporkan pelbagai khabar-khabar yang kesahihannya kesemuanya tak dapat kami pastikan.
Banyak panggilan telefon yang diterima, mengarahkan kami untuk mempersiapkan beg, maksimum 10kg. Berkemungkinan dipindahkan ke suatu kawasan yang tiada kepastian.

Jam 9pagi, penghuni beit kauthar semuanya bertebaran ke rumah masing-masing. Mengemas apa yang patut, seolah-olah akan keluar lama dari mesir atau akan pulang ke malaysia, dengan erti kata lain, seolah-olah tak akan balik ke mesir buat masa terdekat. Dalam jam 10.30, terima lagi panggilan yang meng sahkan perpindahan kami ke ARMA.

Pesanan mak aimi, untuk kami menggorengkan ayam-ayam dan merebus telur yang ada sebagai bekalan makanan. Maka, operasi masak memasak bermula. Huru-hara dapur kauthar, badar dan anfaal. Ketung ketang sana sini. Kesuntukan masa. Bergotong-royong semuanya. Jangan nak curi tulang. Malu sendiri je nanti. Ukhwah terasa semakin erat. Semua bekerja keras menyediakan kelengkapan kehidupan yang bakal kami hadapi nanti.

Jam 1.15, kami ahli kauthar dan LS bergerak ke ARMA bersama musyrif bertugas. Berkumpul di dewan untuk taklimat pekeliling arma dan pembahagian bilik. Tarbiyah BESAR hari ni, Allah nak kata, kalau nak ithar, ithar sampai HABIS. Biar ithar yang betul-betul. Kemanisannya akan ada, insyaAllah. =)

Makan malam dengan bekalan kami. Ditambah nasi goreng cina sebab ketidakcukupan nasi putih yang dibawa beit anfaal. ARMA juga tiada menyediakan nasi putih untuk dibeli. Pelik betul. Ok takpe, darurat kan. Nasi goreng cina je yang wujud. Kih3.

Budak-budak ni, bilik dapat. Tapi ramai yang tidur di pantry. Subhanallah, tak bertilam, tak berbantal, kesejukan yang amat. Tidur la rapat-rapat, mari kita mengerat. Share apa yang ada. Kita belum cukup diuji lagi ni kawan-kawan! Entah baru berapa peratus, sepuluh pun tak sampai, kan?


1 feb 2011

3.30 pagi mendapat panggilan telefon lagi dari malaysia. Nasib cuma tidur-tidur ayam gara-gara kesejukan melampau. Kesempitan ruang. Huh, tak payah nak selesa sangat. Dunia je ni. Darurat kot. Ithar jangan lupa. =)

10.30 pagi- perjumpaan dengan encik Azam, selaku wakil JPA dan embassy. Beliau menerangkan serba sedikit hal2 berkaitan. Zon-zon yang kami hadapi, dan kemungkinan yang ada. Suasana agak tegang bila mana pria gen 7 bangun mempersoalkan beberapa isu dan menyatakan cadangan. Tegang seketika. Tapi kembali redha.

2.22 petang- Abang adzhar telefon ketika sedang membeli stok bekalan keperluan di koperasi. Menyatakan yang PM dah umumkan yang kapal bakal dihantar untuk mengevakuasi kami dari mesir ke Jeddah. Balik bilik pantry ni, orang lain juga turut mengesahkan maklumat yang sama dari ahli keluarga dan sahabat di malaysia.

Malam, taklimat dari warden ARMA dan Husaini mr president PERUBATAN, mengesahkan proses evakuasi. Namun pendetailan akan ditentukan esok pagi, wallhualam.

Kami telah bersepakat untuk memilih pulang ke malaysia dari Jeddah. Allah yusahhil.


2 feb 2011

Sepatutnya group pertama sudah mula bertolak. Dah siap dah mereka turun angkut beg semua. Akhirnya mereka naik atas balik sebab penerbangan ditangguhkan. Petang ada perjumpaan untuk bahagikan group untuk evakuasi. Majoriti antara kami dalam group 2. Sepatutnya group 2 akan gerak esok. Wallahualam.




3 feb 2011

Group 1 dah berlepas. Mereka keluar sejak awal pagi. Tapi hanya berapa orang sahaja yang berjaya gerak ke Jeddah. Yang lain tersadai di airport dari pagi sampai malam tanpa makanan. Haish, sepatutnyya hari ni dah mula makanan ditanggung, tapi nampak gayanya belum ada apa2 perkembangan. Kami yang sepatutnya sudah diterbangkan juga tidak dipanggil-dipanggil. Entah, katanya jadual dah berterabur. Orang-orang dari rumah negeri diangkut dahulu. Kalau ikut jadual, sepatutnya penghuni arma yang seharusnya dilepaskan dahulu. Wallahualam. Kami sudah mula tak bersemangat dan berhenti berharap. Tunggu dah lihat. Yakin dengan ketentuan dari Allah adalah yang terbaik.

Sejak dah beberapa hari duduk bersama-sama, kita akan nampak ciri sebenar manusia sekeliling kita. Bagaimana manusia akan berubah dalam keadaan sebegini. Tarbiyah yang sangat kuat. Bila mana kita melihat manusia berubah, kita akan refleks diri kita. Sejauh mana kita resist dengan perubahan suasana. Sejauh mana kita memikirkan kepentingan orang-orang sekeliling kita. Orang yang kita rasakan dah lama kenal, seolah-olah banyak sifat baru yang akan kita discover. Kan?

Hari ni, maryam dan sakinah punya jalan cerita agak best dan challenging. Mereka pulang ke Mounira bersama musyrif untuk menyelesaikan urusan sewa rumah. Perjalanan pergi agak smooth walaupun beberapa kali ditahan oleh syabab2 yang menjaga keamanan. Namun perjalan pulang dari sana ke arma agak berbeza. Teksi mereka ditahan sekali lagi. Tapi kali ini diarahkan untuk turun dan passport mereka dipegang oleh lelaki yang mengarahkan mereka untuk turun. Tiba-tiba ada chaos di kawasan berdekatan mereka. Lelaki yang pegang passport mereka yang berparang tu lari tinggalkan mereka dengan membawa passport mereka. Keadaan menjadi kalut. Hazwan cuba kejar, tapi kolar bajunya ditarik oleh syabab2. Setelah mereka disoal siasat, syabab2 lain membantu mereka mendapatkan kembali passport. Sakinah dah menangis beria-ria dah sebab risau passport maryam dan hazwan dibawa lari. Sakinah sendiri tak bawa passport.
Setelah mereka berjaya dapatkan semula passport, syabab2 carikan teksi baru untuk mereka.

Nak jadi cerita, bila naik teksi baru tu, perjalanan mereka juga tidak smooth. btw, teksi pertama mereka tidak berbayar. Masa naik teksi ke 2, tiba2 muncul crowd dari belakang. Menjerit2 pakcik teksi arahkan mereka tutup tingkap dan menyuruh orang sekeliling lari ke kawasan selamat. Then sampai di satu simpang, pakcik teksi arahkan mereka turun dan naik teksi disebelah mereka. Jadinya, teksi ke 2 juga tidak berbayar.

Maryam dan sakinah bila sampai arma terus bercerita kepada kami keadaan mereka. Semua pelajar yang pulang ke sekitar mounira dan sayeda zeinab diarahkan pulang secepat mungkin untuk mengelakkan insiden seperti mereka berlaku.

Dah, semua nampak gayanya semakin bosan dan tertekan. Bukan tiada buku untuk dibaca, tapi mood dah melayang. Rasa hidup macam tak produktif langsung. Huhu. Ya Allah, tak patut betul ada sifat dan perasaan macam ni.




3:54 AM

#1

Posted by bukan penulis tegar |

Do not love the one who doesn't love Allah,  if they can leave Allah,  they will leave you" (Imam Shafee'i) 

3:28 AM

Resepi Mee Udang

Posted by bukan penulis tegar |

Hari ni, menunaikan permintaan housemate yang teringin nak makan mee udang.
Jujurnya tak pernah pun makan mee udang kat Malaysia, 1st time makan kalau tak silap 2 tahun lepas, masa tu tak ingat ntah macam mana boleh nak try masak mee udang ni. Kali ni kiranya kali yang ke 3 makan, dan semuanya  makan masakan sendiri, nak jugak rasa orang lain masak, :'(
mana nak cari ea kalau kat negeri hitam putih tu?

Alhamdulillah, orang-orang yang suka makan mee udang approved. :)

Disebabkan tak pernah tahu pun rasa dia macam mana, so mesti la kena google. Lepas google, ikut sedap lidah dan hati  je lah alter resipi tu.


Bahan :

1/2 kg udang basah
1 paket spagetti / mee kuning
6 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung/ kentang/ ubi keledek yang direbus kemudian dilenyek (sekiranya mahu memekatkan kuah)

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
1 genggam setengah udang kering (sebab tangan kecil, so kena letak segenggam setengah. hehe)
10-15 batang cili kering (direbus/rendam, dan diblend)

Aksesori
Daun bawang
Daun sup
Sawi (sini takde sawi, sayur apa-apa la yang daunnya warna hijau pun boleh)
Carrot ( supaya kuah lebih meriah)
Cili merah (potong halus)
Limau nipis
Telur Rebus
   

Bahan yang perlu diblend + cili kering

Masak kuah jom! Bismillah dulu :)

1. Rebus udang bersama kulit dan kepalanya. Simpan air udang untuk dimasukkan dalam kuah. Sebahagian kulit dan kepala udang diblend bersama air untuk dijadikan pes udang.
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masak.
2. Masukkan kulit dan kepala udang yang sudah dikisar bersama air rebusan udang.
3. Masukkan sos-sos, carrot dan udang yang sudah direbus tadi.
4. Masukkan garam gula secukup rasa
5. Kalau nak pekatkan, bancuh tepung jagung/ kentang dan masukkan dalam kuah.

Untuk aksesori,
Potong sayur hijau (sawi) dan celurkan. Juga potong daun bawang daun sup, cili merah, limau dan telur rebus. Siap, alhamdulillah. (Kalau ada taugeh, boleh letak sekali)


             Alhamdulillah, suami dan anak-anak suka, siap bertambah-tambah.                                           (eh, sejak bila pulak ada suami? haha) ;P                                           
  

3 Jan 2012
:)

10:45 AM

Poisoning?

Posted by bukan penulis tegar |

2 Jan 2012.
Habis isi perut semua keluar balik.
Punca?
- nasi yaman punya salatah?
- LD Venus expired?
- Makan terlampau banyak?
- Kopi dan roti?
- Makan ubat dan supplemen dengan banyaknya?

Sakit tak terhingga, perut memulas. "Maghas" orang arab mesir sebut.
Guling-guling tahan sakit.
Lepas muntah baru lega.

Habis isi perut, dehydration juga mungkin.
Bangun 1 pagi kelaparan.
Jap lagi lepas subuh, konfem nak serbu dapur masak apa yang patut!
(eh, insyaAllah...)

Betullah, 2 nikmat yang kita selalu lupa. Nikmat masa lapang dan nikmat SIHAT.